
Setelah melihat harga yang di tawarkan, saya gak sedih juga kerana, harga yang di tawar itu agak luar biasa murah dan saya terasa agak kasihan kepada photographer yang memberikan khidmatnya dengan harga itu.
Apa keuntungan yang dia dapat? Selain hanya penat lelah dan pening kepala. Adakah kos yang di tawarkan itu mengambil kira ciri-ciri yang berikut?
-kos perjalanan/minyak
-Kos telefon/pangilan/sms
-Sewa rumah, api air/ komputer
– kos penat lelah
-misc
dan yang paling utama kos – Wear/Tear.
dan beberapa kos yang tak perlu saya nyatakan disini.
Wedding Photographer Malaysia sudah terlalu ramai, terlalu ramai kerana, sesiapa sahaja boleh jadi photographer di zaman digital sekarang ini. Photographer yang terlalu ramai sehinggakan mereka terpaksa meletakkan harga yang terlalu murah dengan harapan untuk mendapatkan klien. Fenomena ini kurang berlaku di negara jiran di mana, jika anda memberikan harga yang teramat murah, klien akan mempersoalkan kredibiliti photographer tersebut, kenapa dia bagi harga yang murah? Oleh sebab itu, photographer perkahwinan di Indonesia adalah jauh lebih maju dari negara kita. Klien-klien di sana lebih percaya pada harga-harga yang kompetitif dari harga-harga yang amat murah.
Berbalik kepada Malaysia, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Harga-harga yang di tawarkan itu adalah jauh lebih murah dari harga kompetetif. Murah sehingga tidak masuk akal. Tidak masuk akal yang saya maksudkan di sini ialah, dari celah mana yang mereka boleh buat keuntungan?
Sebagai contoh, 1 event, rm799. Harga album termasuk printing RM300, tinggal lagi RM500. Pada mereka, RM500 itu sudah terlalu banyak untuk mereka. Tetapi, mereka lupa, lebihan harga itu tadi belum tolak kos-kos yang saya nyatakan di atas. kalau nak di ikutkan, ke untungan sebenar yang mereka dapat itu hanya lah rm50-100 ringgit sahaja dan ini amat menyedihkan. Cuba bayangkan bila camera rosak? bolehkah camera itu di perbetulkan dengan rm100 ringgit?
Untuk menjadi seorang wedding photographer, kos yang saya nyatakan di atas perlu di ambil kira. Camera digital yang di gunakan untuk mengambil gambar itu bukan harga ratusan ringgit, akan tetapi ribuan ringgit. Oleh yang demikian, saya rasakan adalah lebih baik untuk mengkaji semula harga dan biarlah harga itu berpatutan.
…tambahan pada hari ini 11.mac.2010
Pada pendapat saya, tugas sebagai wedding photographer ini adalah tugas yang paling banyak dan yang paling lama berhadapan dengan klien. kenapa? dari mula kita berjumpa potential client, sampai lah kepada penyerahan album, wedding photographer ini lah yang melakukan tugas yang banyak berbanding dengan yang lain. Dan kebanyakkan wedding photographer ini juga yang memberikan harga rendah dan ini akan menjejas industri wedding photographer tanah air.
Comparison seorang wedding photog yang meletak harga rm300 dengan makeup artist yang meletak harga rm300 (Contoh)
Make up artis datang jam 9am make up, dan 2-3 jam selepas itu dah boleh balik, akan tetapi, seorang wedding photog yang datang jam 9am, dan akan habis jam 4-5 petang, kemudian balik rumah, buat pemilihan gambar, print. Bukankan tugas kita as wedding photog itu lebih lama? Mana logiknya harga RM300 itu untuk tugasan yang lebih rumit?
fikir2kan lah…
belum masuk kos iklan kat majalah pengantin tu lagi..adoi..
tulaah… ish3